Scya Lollita | 1992 | SEL-PERAK ღ
Navigations
Profile Entries Follow Dashboard
Andai Sahaja
• Friday, March 17, 2017 • 8:03 PM •
Andai sahaja masa dapat diputar,
aku ingin rakamkan semula detik-detik bahagia kita,
biar dapat aku simpan dalam kotak memori,
supaya aku boleh ulang tayang ketika aku merasa sepi.

Andai sahaja masa dapat diputar,
aku ingin memeluknya dan terus diam,
menikmati hangat tubuhnya,
melepaskan segala rindu dalam dada.

Aku ingin hentikan masa ketika ini,
takut untuk bergerak terus kehadapan,
jelas dan nyata takut akan sebuah kehilangan.

Terdiam diulit sepi.
Airmata mengalir lagi.
Entah berapa kali,
aku sendiri pun tak pasti.

Buat pencuri hati,
kalau ikut aku,
mahu sahaja kau simpan hati itu dalam kotak besi,
aku tahu kau sebenarnya mampu menjaganya dengan rapi.

Maafkan aku sayang,
khilafku membawa kita ke sini.
Ke daerah yang tak kita kenal.

Api terus membara.
Aku mencari air yang bisa memadamnya.

Masa.
Berhentilah seketika ketika aku sedang gembira.
Izinkanlah sekali aku memeluknya dengan rasa yang bahagia.





« Newer • Home • Older »