Scya Lollita | 1992 | SEL-PERAK ღ
Navigations
Profile Entries Follow Dashboard
Bintang
• Monday, February 20, 2017 • 7:18 AM •
Aku mencintai malam
kerana dadanya terhias bintang-bintang
terpikat dek lip-lap kilaunya
aku terpukau dengan panorama malam indah
dan bila aku pejam menikmati dingin angin hembus
lebih asyik rasanya mendengar muzik malam
harmoni

Berbaring aku dibasahkan rumput lapangan
baju panas membalut tubuh yang didinginkan rumput basah
Dan diantara jarak-jarang bintang itu
aku sambungkan membentuk satu huruf
initial namanya dia yang jauh

Dia umpama bintang yang aku lihat dari bawah ini
yang sangat aku gemar melihat dan meneliti
raut wajahnya dari alis turun ke pipi
sebagaimana aku terpukau melihat bintang
sebegitu juga aku melihat senyum manis riangnya
suaranya sahaja bikin aku ketagih mendengar tawa

Ya, aku ulang
dia umpama bintang yang aku lihat dari bawah ini
memukau hati seorang aku
tapi tidakkah engkau perasan?
bintang itu tinggi tidak tergapai
dan dia umpama bintang

Hujan lebat guruh dan kilat
menghilangkan bintang-bintang
mengusik hati yang rindu
mencari dimana bintang-bintang aku

Bintang,
aku rindu.


Image result for stars quotes love





« Newer • Home • Older »